Kerjaya penyiaran Nurul_Syuhada_Nurul_Ain_Mohd_Zain

Nurul Syuhada dilahirkan pada 29 November 1984 di Seremban, Negeri Sembilan dan merupakan anak kedua daripada tiga beradik dan merupakan anak perempuan tunggal..[1] Nurul Syuhada merupakan personaliti TV3 yang popular menerusi program, Majalah 3 dan pernah menggondol Juara Malaysian Top Host pada 2005.

Nurul Syuhada menceburi dalam bidang pengacara melalui bakat yang dicungkil menerusi program realiti, Malaysian Top Host pada 2005. Dia kemudiannya turut mengendalikan acara hiburan berprestij, Anugerah Skrin (ASK) 2008 bersama aktor dan pengarah berkaliber, Adlin Aman Ramlie, yang akan berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).